DIY Kotak Gam 3 Second (3 Second Glue Adhesive)

https://www.hasrulhassan.com/2016/12/bahaya-gam-3-seconds-cara-hilangkan.html

Biasa guna gam jenis ni? Gam ni memang kuat. Ia mudah dijumpai di hampir semua kedai runcit, kedai perkakasan, pasar malam malah di pasaraya seperti Mydin. Ia amat popular terutama mereka yang mahu mencari gam yang murah, tetapi punyai kekuatan gam yang power.

Saya antara yang sering gunakan gam 3 seconds atau gam 3 saat ini di rumah. Saya gunakan untuk peralatan memancing dan untuk gam semula barang-barang kecil yang patah. Kalau ada perkakasan dapur dan perabut kecil yang ada bahagian yang tercabut, saya akan gunakan gam 3 saat ini untuk lekatkan atau sambungkan semula.

Bahaya Gam 3 Saat Dan Cara Tanggalkan Kesan Gam

Bahaya Gam 3 Saat dan Cara Tanggalkan Kesan Gam
Gam ini memang kuat, memang berkesan. Tetapi awas dengan cara penggunaannya.

Saya dah beberapa kali jari terlekat disebabkan oleh kekuatan luar biasa gam ini. Dah nama pun gam 3 saat, jadi .. silap langkah dalam 3 saat tu bukan perkakasan atau peralatan rosak yang melekat, tetapi jari-jemari...... rujuk link di atas untuk penjelasan lanjut *tapi bukan blog saya ya.


Saya akan sambung cerita berkaitan dengan bagaimana untuk menjaga gam tersebut agar tidak mudah tumpah, terbalik dan mudah disimpan dengan selamat dan tidak membazir, merosakkan peralatan lain atau tempat simpanan anda.

Paling penting, anda selamat, anak-anak selamat dan selamatkan wang anda juga. SIla tonton link Youtube di bawah ini. Jangan lupa SUBSCRIBE - LIKE - COMMENT untuk dapatkan video perkongsian terkini. In sha Allah.



Comments